Saya start hantar anak lelaki saya pada umur 2 tahun selepas Dr diagnose anak saya ada mild speech delay. Sebelum ni,anak saya kurang bersosial dgn kanak kanak yang lain.Selepas hampir setahun saya hantar anak ke IIUMMC educare,banyak perubahan yang saya nampak.Dia mula berkawan,jadi anak yang peramah. Dari segi speech,mula nampak perubahan. Banyak perkataan baru yg dia belajar.Selain itu,anak saya dah pandai menguruskan diri. Terima kasih teacher sebab menjaga dan mendidik Ammar Hasif